Pada bahu ini...
yg digelarkan cikgu
diletakkan 1000 harap
oleh ibu oleh bapa yang datang
dengan wajah tersenyum anak2 dibawa
dengan harapan menggunung disandar jua.
"Cikgu, anak saya ini tidak pandai!
Wahai cikgu tunjuklah dia!
Berapa ribu saya sanggup sediakan!
Cuma diharap dia mara ke hadapan!
Maksudnya dalam pelajaran!"
Cikgu dengan wajah girang
terima tanggungan yang bukan kepalang
harapan besar akan ditunaikan.
Lalu anak2 yg tiada dosanya
dicalit pelbagai warna-warna
dicampur aduk dengan seribu ragam
di sekolah cikgu kata itu
di rumah ibu kata ini
di jalan kawan kata situ
di dalam bas abg kata sini
banyak kali jua TV kata sana
warna-warna itulah bercelaru di kepalanya
warna-warna itulah menjadikan cikgu
kadang-kadang keliru dalam membantu
kadang-kadang membuatkan ayah membisu
dan kepala anak menjadi batu.
Lalu pada bahu ini seorang cikgu
menyaksikan harapan yang tidak kunjung datang
memilih warna yang semakin sukar diadunkan
dan selepas habis segalanya
jiwa raganya, semangat nuraninya, malah dirinya
diberikan untuk mendidik anak bangsanya
dan di hari kejayaan si ibu berkata:
"anak saya pintar dan rajin....
sebab itulah dia berjaya!"
dan di hari kegagalan si ibu pun berkata:
"Cikgunya semua malas-malas belaka...
tidak pandai mengajar.... ..
lantas anak saya gagal!!"
Tak mengapalah cikgu...
semua mereka itu anak-anak orang
cikgu hanya menumpang tuah kiranya
suatu masa nanti bangsa ini dapat bangun
berdiri megah dengan anak watan
dan perjuangan cikgu tidak pernah kan padam......
No comments:
Post a Comment