Monday, January 25, 2010

Hari kiamat

          PANASNYA NERAKA Assalam Mu’alaikum Wbrth!!! Sahabat semua…bacalah…. YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN. …. .: Luasnya Neraka :. Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi S.A.W.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’ Jawabnya: ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.’ Lalu Nabi S.A.W. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’ Jawabnya: ‘Ya.

          Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

         Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’ Nabi S.A.W. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’ Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.’ (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah S.A.W.: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’ Jawab Jibrail: ‘Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.’ Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: ‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’ Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.’ Maka Nabi S.A.W. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar Nabi S.A.W. bersabda: ‘Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?’ Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.’ Kemudian Nabi S.A.W. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi S.A.W. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab ‘Peringatan Bagi Yg Lalai’) Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat. Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua…..Wallahua’ lam.

       Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:’ Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah S.A.W. : ‘Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?’ Maka jawabnya Rasulullah S.A.W. ‘Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.’ Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu ‘itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN’ mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian’ Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

       Disebutkan oleh hadith Rasulullah S.A.W. bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :- Para Nabi Para Ahli Jihad Para Alim Ulama Para Syuhada Para Penghafal Al Quran Imam atau Pemimpin yang Adil Tukang Azan Wanita yang mati kelahiran/beranak Orang mati dibunuh atau dianiaya Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah S.A.W.: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ‘ Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ‘ Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : ‘Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.’ ‘Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.’ Surah Al-Baqarah : 237 Untuk renungan dan amalan bersama…

Sunday, January 17, 2010

Sabar jela...

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.
Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.
Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
Tak ada basikal...apa tuan tak segan?"
Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si
anak cuma bagitau,"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."
Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"
"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."
Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.
Masa berlalu.
kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor.
Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".
Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..
Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"
Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.
Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.
Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya. Trend baru....
Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas
bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut
roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah,
syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".
Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa.
Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."
"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya
bola itam dan bola putih!!?
Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.
Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"
Masa berlalu...
Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk
kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.
Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!!.
Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih..
Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.
Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.
Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak
belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!
Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?
Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya..bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di
tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh
Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!
Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih.
Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek
anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.
Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah,anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.
Si bapa tiba di Hospital.."macammana doktor, anak saya?"
Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."
Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya."Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya...
Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"
"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering
kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."
Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"
Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"
(anda semua pun ingin tahu kan ..?)
Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan
masanya sudah hampir tiba...
"sebabnya ....saya.. saya... saya...."
*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih.
Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih.
Isk!Isk! Isk!..........Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kat
aku.
P/S : Sorry aarr sebab post ni . Ye lah...Takkan nak jadi
korban sorang-sorang je kan ...

CerMIn...o_O


   Setiap dpd kita pasti mmpunyai kisah dn sjarah idup yg trsendri..Cuma bezany adlh samada ia meninggalkn kesan yg mndalam dlm life u all atau x...Pernah x u all mlalui perubahan yg drastik..? klau bhase sophisticated(anjakan paradigma)  yg brmaksud prubahan dari suatu prkara kepda prkara lain..senang cite cnth..dpd jahat ke baik la..hehe..

     Kisah nie trjadi mase aQ frm3,kisah yg x mungkin aQ lupekn spnjang idup aQ..yg mmbwa prubahan besar dlm life aQ smpai klau aQ pk balik..klau ia xbrlaku,tentu aQ xkn brada ditmpat aQ brpijak skrg..Kalau u all nk tau,,tyme frm3 kat skolah(xleh publish..sape yg tau diam2 jea tau..huhu)..aQ la plajar yg paling nakal..mmg nakal giler la..bg aQ,,adalah mnjadi suatu kewajipan masuk ke dlm bilik cikgu HEM "Seminggu 3 KALI"...hehe..u all blh byangkn x..brtapa nakal nye aQ..masuk jea skolah kena sound..kena bebel n of course la kena mkn rotan..haha..nakal aQ tue xla smpai pukul org..klau vandelisma tue..seingat aQ..aQ la yg potong pagar blakng skolah tue..bapak besar lubang pagar tue aQ buat..smpai mngamuk GPK Hem.hahaha.!!! jahat giler tyme tue..aQ klau nk p tndas..aQ x p tandas skolah..aQ mnyusup kuar dpd pagar skolah..aQ lari p tandas umah nenek aQ(xske tandas skolah..asik brair trsumbat jea.hehehe.)...tp jahat2 aQ nie,,ade baek nya..aQ slalu tlng cikgu aQ angkat2 barang klau prlu..tp tyme frm3 mmg aQ teruk..aQ brgaduh dgn bdk frm5(teruk aQ kena balun cz aQ kn kecik mase tue...tp jiwa besar.hoho.)..klakar btul klau aQ kenangan smula..Namun,mcm yg aQ mula2 nk crita td..sgalany brubah kerana cermin...

    Erm..Satu ari tue aQ kena tahan kat tapak perhimpunan(isnin cz ade assembly) cz datang lewat..pastue kena berdiri atas stage..smua student duduk..aQ sorang jea yg brdiri kat depan tue. dgn memakai seluar jeans. warna hitam(adlh salah pakai jeans warna hitam..patutny suar warna hijau)..skit pun aQ xrase malu even awek aQ pun satu skowl ngan aQ..dia pun xtau nk cakap ape lg..aQ ingat lg,,GPK Hem kate "Nielah pelajar contoh yg mmusnahkn harapan skolah"..bkn stakat harapn..aQ mmusnahkn skolah skali.Hebat aQ tyme tue..jahat n jahil..pas2 aQ disuruh p ke bilik mngadap GPK Hem MCM BIASA..hehe..dn sini lah aQ temui idup baru aQ..di dpn pejabat sekolah,,ada satu cermin,,aQ disuruh tunggu kat situ..aQ mnghadap cermin 2...Saat tue baru aQ perasan aQ..aQ nmpk kelemahan aQ..aQ pndgn diri aQ btul2..aQ tnye..nie ke yg aQ nk selama nie..knapa aQ jd mcm nie...aQ trdiam kaku mmbisu..mncari jpwn disebalik kesamaran jiwa aQ..dala nk PMR..aQ wat prangai mcm nie...kat citu gak...baru aQ sedar..yg aQ jd mcm nie smua kerana family aQ..aQ hadapi tekanan yg amat hebat tyme nie cz parents aQ nk brcerai..Nie la dugaan n ujian mnimpa aQ..nie la diri aQ yg aQ nmpk kat cermin tue...pastu tibe2 GPK Hem dtng..kali nie dia x rotan..dia suh aQ balik umah tuka sluar..aQ pun balik kayuh basikal 4km..tuka suar..mak ayah aQ smpat mmbebel..aQ wat pekak jea..pas tuka..aQ terus p skolah..jmpe balik ckgu tue..org2 dlm pejabat smua kutuk aQ..aQ diam jugak...lpas kena rotan..aQ balik ke kelas..smua kgkwan pdgn aQ..dn spnjang hari tue aQ byk brdiam..pastu seingat aQ..aQ tubuhkn satu kumpulan stdy group kalangan kgkwan aQ..xsangke alhamdulillah PMR aq brjaya..n utk pngetahun u all...slpas setahun .bdk nakal tue lah yg mnjadi ktua pelajar skolah, ketua kadet polis dn mrupakan seorg pemidato sekolah..satu perubahan yg mndadak tyme aQ frm3..niela..kisah hidup aQ..until nw..aQ still seorg ketua...bkn utk org lain..tp utk diri aQ sndiri..jika tidak kita memimpin diri kita..siapa lg..tmbh pula aQ ank yg sulung..smuany brmula..dpd sebuah Cermin...^_^

Friday, January 15, 2010

aQ xpuas hati btul bab nie..

        Tersebut la al-kisah..aQ ade seorg membe ppuan nie,umur muda lagi 20 tahun tp da brcakap ttng niat nk kawen.Uhh..aQ plak yg risau.Mmg la aQ xperlu nk risau cz dia bkn gf aQ n bukan la aQ kuar duit utk dia.tp aQ rase ia tdk brbaloi cz ia skdr mnsia-siakn shja sgala apa yg dia lakukn slama nie,lbh2 lagi dia educated prson..sdng bljar lg tp da pk nk kawen.huh..


            Bg aQ,prkahwinan akn bt kn gulz trsebut seakn2 trsangkut..bkn seakan tp da sukar utk mncapai cita2 n impian dia.Btul ada rakan yg mnyatakn pd aQ bhwa OOoo..lps kawen nnt still leh kejar impian tue..klau u all nk tau..base pd fact yg aQ dpt dpd kajian Dato haji fadzillah kamsiah tue(salah eja name sory tau..huhu) ..jz brape peratus jea pasangan yg brjaya capai cita2/matlamat..(yg aQ mksdkn nie adlh matlamat diri sndiri,bkn matlamat prkahwinan,,u all jgn slah anggap tau,,kang xpasal2 aQ kena saman..hehe)..


          Benar,,Islam mnggalakan prkahwinan bg yg tlh brkemampuan spy mngelakan dpd brlakunya maksiat dn fitnah..yg nie mmg aq xmnafikan..tp u all fikir smula..matang kn diri,,muhasabah diri,,dpd kecik u all p skolah,,bile mak ayah tnya,bila cikgu tnya mngenai.."apakah cita2 kamu..?"..smstinya ada yg sebut sy nk jd tntera,sy nk jd doktor,cikgu dn sbgainy..tp bila da besa..tgh blajar..tibe2 da pk nk brkahwin..mane hilang ny cita2 u all nie..?? punya la payah u all struggle nk jpwn pmr,spm,bt asymnt n dptkn dekan..tibe2 pasal cinta u all jd buta..kot nye u all dpt pasangan yg benar2 mmhami yg lpas kawen still mnyokong n mmbantu u all mngapai matlmat u all tue xpela..kotnye dpt lelaki yg keras kepala yg tue xblh,nie xblh x ke sngsare jiwa u all..


       Ingat,bila da kawen,,masa,tenaga u all adlh utk keluarga..dn ia akn mnjadi sukar utk u all mngejar matlamat trsebut.bkn mksd aQ adlh utk mlarang u all brkahwin..tp aQ xbrapa stuju org kawen muda trutamany gurlz..jz dont waste ur tyme n ur money..mak ayah u all harapkn u all dpt tlng mereka lpas u all abs stdy n kerja nnt..nie x..lpas bljar trus kawen.so mak ayah mcm mane..kot nye family u all kaya raya blh la..kotny idup ssh..cmaner pula..so aQ cadangkn..umur yg ideal utk brkahwin adlh 26 n above..byk sbb aQ bg cadangn nie..u all pun tahu kn..pada usia nie..myb u all tlh bkerja n ade karier trsendiri..ada gaji sndri,,tyme nie u all myb mnghampiri xla trlalu jauh dpd matlamat atau myb tlh mngapai matlamat/cita2 u all tue..Umur sbgni pula mrupakan usia yg matang utk brkahwin cz u all telah brsedia dpd segi fizikal n mental utk brkahwin..Dari  sudut sains, bila u all brkahwin pd usia yg matang..anak2 u all didapati lbh "intelligent" compare dgn anak2 mereka yg pasangan kawen muda..aQ rase nie ramai yg da tau..jgn la kawen ats dasar kseronokkn..jgn bangge bile u all kawen muda..cz..klau u tgk fail/fakta dpd jabatan agama islam,,brapa ramai yg kawen muda telah brcerai.."think about ur self b4 u late'..xada salahnya nk kawen..tp nie la salah satu yg prlu u all fikirkn sblm itu..trpulang..itu jalan u all..aQ skdar mnyatakn/mluahkn pndgn...

Cinta aQ..

Cinta adlh mrupakan satu perasaan yg anugerah dpd ilahi yg xmampu kita fikirkn bgmn ia trjadi (even byk teori pun stp manusia mmpunyai pdgn brbeza2..btul x..??.Cinta bukan skdar hbgn sesama manusia malah ssama hidupan yg ada diskeliling kita. Ramai dpd kta mnyatakn bhawa cinta itu berbagai,ada cinta itu buta,ada cinta itu gila,ada cinta nafsu dn macam2 lg cinta yg pndai2 jea diorg tmbh..hehe..Sbnrny cinta blh kta tafsirkn sbg ksanggupan dn ksetiaan utk mlakukan apa shja demi sbuah kbahagiaan. Kita kn trasa manis dgn adany cinta,trase pahit pula utk kita telan.n adakalanya mngundang ksengsaraan,ada manusia mnjadi gila krana cinta(nie cz jiwang yg ktrlaluan la nie..hehe).Xsmstinya brcinta sgalanya perlu diserahkn cz tiada siapa antara kita yg mampu tahu akn masa depan..aQ juga brcinta,aQ juga snggup bt apa shja utk dia even nyawa aQ jd taruhan utk dia,,namun aQ brpada cz akal itu sntiasa trletak tinggi diatas brbanding nafsu yg brada dibawah.brgantung pd u all utk mnfasirkn sndri cara cinta u all..cinta aQ...?? mncintai xsmstinya memiliki..yg aQ tau,,aQ akn tetap menunggu..hingga akhir nnt(mcm lagu alley cat la pulak..haha)..XD

Thursday, January 14, 2010

REMAJA MASJID MANUSIA..... MALAIKAT. ...SYAITAN. ....

 
alahai MANUSIA , [malaikat] , SETAN !

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...... dah lapar ini !! mmm.​sedapnyaaaa?​ .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?​mmm.​aaahh?​ suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. . .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-​menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,​sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.​rugila.​.​.​.​ (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,​berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu.Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,​kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,​kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam inbox aku..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payah susa2 .

Rehat

Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan membuat harta yang tersimpan di almari- almari anda yang indah, di istana-istana anda yang megah dan di dalam kebun-kebun anda yang hijau itu hanya akan menambah kecemasan dan kesedihan anda sahaja.
 
            Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan membuat ubat yang diberikan doktor, dijual di farmasi, dan diagnosis seorang doktor tidak akan pernah membahagiakan diri anda. Apalagi bila anda masih menanamkan kesedihan dalam hati, menggantungkan kesedihan di dalam kedua kelopak mata, membiarkan diri anda untuk dimasuki kesedihan itu, dan menyusupkannya di bawah kulit, maka semua itu hanya akan sia-sia.
 
            Jangan bersedih; kerana anda masih memiliki doa, anda boleh bersimpuh di depan pintu-pintu Tuhan Yang Maha Kuasa, dan anda dapat memperoleh ketenangan di depan pintu-pintu Sang Raja Diraja. Anda juga masih memiliki waktu sepertiga akhir malam dan masih memiliki waktu untuk merapatkan dahi ke tanah, ataupun bersujud.
 
            Jangan bersedih; kerana Allah telah menciptakan bumi dengan segala isinya, telah menumbuhkan taman-taman yang memberikan pemandangan indah, kebun-kebun yang berisi tumbuh-tumbuhan yang indah, rimbun dan taman-taman dengan tumbuh-tumbuhan yang indah untukmu, kurma-kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-susun, bintang-bintang yang bercahaya, hutan belantara, dan sungai-sungai. Namun anda bersedih.
 
            Jangan bersedih; kerana anda masih dapat minum air yang jernih, menghirup udara yang segar, berjalan di atas kedua kaki, dan anda juga masih dapat tidur pada malam hari dengan nyenyak.

Kami tidak berzina

Kami tidak berzina !

Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja.. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka.. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. . Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni.... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .


Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji.. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah..
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai.. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul.. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?
Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan.. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.....
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki.. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya
!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka "

Harry Potter beraksi pesongkn Islam


dipetik dari rise of islam

Harry Potter. Siapa tidak kenal dengan watak kegemaran kanak-kanak dan remaja ini. Berkaca mata dan mempunyai kebolehan sihir adalah tanda pengenalan watak ini. Novel-novel dan filem-filemnya menjadi kegilaan ramai sehinggakan ada yang sanggup menghabiskan duit semata-mata ingin memiliki koleksi novel tersebut. Tidak kurang juga kanak-kanak yang berangan ingin menjadi seperti Harry Potter suatu hari nanti dengan kemahiran sihir dan penyapu terbangnya. Inilah antara Mind Control The Hidden Hand yang paling berjaya!

Siri Harry Potter yang menjadi bacaan dan tontonan ramai ini sebenarnya penuh dengan unsur-unsur Masonic dan Kabbalah. Mungkin ada di antara kita yang perasan dengan perkara ini dan mungkin ada juga yang langsung tidak ambil endah dan tidak perasan, yang penting siri Harry Potter ini menghiburkan. Jika saya adalah The Hidden Hand, sudah pastilah saya akan rosakkan pemikiran kanak-kanak dan remaja dengan pelbagai unsur-unsur sihir dan mistik yang secara tidak langsung akan mempengaruhi pemikiran mereka. Tetapi saya tidak boleh merosakkan pemikiran mereka secara terus terang, sudah pastilah saya akan menggunakan medium tertentu seperti Harry Potter yang diminati dan dipuja ini. Mesej tersembunyi di sebalik jalan cerita yang menarik.

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah itu Kabbalah? Sebelum ini saya sudah jelaskan sexara ringkas tentang Kabbalah atau Sihir Kuno Yahudi ini. Sebelum membicarakan lebih lanjut tentang Harry Potter, elok kiranya jika kita menyelidiki biodata penulis siri ni, JK Rowling. Nama sebenarnya ialah Joanne "Jo" Murray. JK Rowling ini adalah nama penanya. Dia dilahirkan di Chipping Sodbury, England pada 31 Julai 1965. Semasa kecil minatnya dalam bidang penulisan sudah terserlah apabila dia telah menulis cerita pada usia 5 tahun. Ketika dia berusia 4 tahun, keluarganya berpindah Winterbourne dan di sinilah dia mempunyai seorang jiran bernama Potter yang kemudian dijadikan nama watak utama bukunya.

Dia cuba melanjutkan pengajian ke University Of Oxford tetapi gagal dan kemudian telah melanjutkan pengajian di University Of Exeter mengambil jurusan Bahasa Perancis. Selepas berpisah dengan suami pertamanya, dia membawa membesarkan anak perempuannya seorang diri dan menumpang di rumah adiknya, Diana di Edinburgh, Scotland. Dan di Edinburg jugalah dia telah menyiapkan buku Harry Potter pertamanya, Harry potter And Philosopher' s Stone.

Dari maklumat-maklumat di atas, di sini kita dapat 2 kata kunci iaitu Edinburgh, Scotland dan University Of Exeter.

Mungkin ada di antara pembaca yang sudah dapat mencantumkan kata kunci ini, mungkin ada yang masih mencari-carinya. Tidak mengapa, mari sama-sama kita menyelesaikan kata kunci ini.

Kata Kunci Pertama- Edinburgh

Edinburg adalah kota terletak di barat Scotland. Kota ini adalah tanah penyelamat pendatang atau pelarian Knight Of Templar yang telah diburu oleh Pope Clement V dan Raja Philip (Raja Perancis) pada 1307. Pada ketika ini, Scotland adalah satu-satunya wilayah di Eropah yang berada di luar kekuasaan Vatican dan tanah inilah yang paling sesuai dipilih oleh Templar untuk tmenyelamatkan diri dan meneruskan agenda rahsia mereka.

Kahadiran mereka telah diterima secara terbuka oleh Raja Scotland masa itu iaitu, Robert de Bruce. Dan mereka telah mewujudkan pertubuhan rahsia dari sisa-sisa Knight Of Templar itu yang dikenali sebagai Freemason. Mendukung misi yang sama, tetapi nama yang berlainan. Sehingga ke hari ini, Freemason telah mengawal dunia dari segala aspek ekonomi, saintifik, ketenteraan dan banyak lagi. Pertubuhan rahsia ini berselindung di sebalik Pertubuhan Persaudaraan dan ahlinya terdapat di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia sendiri.

Di sinilah para Mason bebas mengamalkan sihir Kabbalah tanpa tentangan dan dibina Rosslyn Chapel yang terkenal di kalangan ahli-ahli Mason dan Rosicrusian. Rosslyn Chapel telah dibina Willian Sinclair. Di seluruh Rosslyn Chapel, terdapat unsur-unsur Masonic yang jelas kelihatan di dinding-dinding. Penulis buku Rosslyn And The Grail iaitu Mark Oxbrow dan Ian Robertson berpendapat ukiran di dinding Rosslyn Chapel adalah diambil dari ukiran dinding Temple Solomon. Rosslyn itu sendiri berasal dari bahasa Gaelic yang bermaksud pengetahuan kuno yang diwarisi generasi ke generasi.

Rosslyn Chapel

Kata Kunci Kedua- University Of Exeter

JK Rowling pernah menuntut di sini selama 4 tahun. Jika kita lihat moto universiti ini sendiri Lucem Sequimur yang bermaksud We Follow The Light. Mungkin rata-rata kita menganggap Light itu adalah ilmu tetapi dalam paganism-codex light itu adalah Lucifer/ Iblis.

Universiti ini juga menawarkan pengajian Olkutisme dan Paganisme kepada mahasiswanya. Dan semasa menuntut di sini, JK Rowling tidak hanya mempelajari bahasa Perancis malah turut sama menuntut dalam bidang ini. Program ini dinamakan 'Western Esotericism' di bawah HuSS (School of Humanities and Social Sciences).
Antara modul-modul pembelajaran di bawah program ini ialah:
1. Alexandrian Hermetism
2. The Hermatic Art Of Alchemy
3. Kabbalah
4. Rosicrucianism and Freemasonry
5. Theosophy and Esotericism
6. The Esoteric Body
7. Sufism And Islamic Devotional Study
8. Heretics And Mystics Language
9. Withcraft In History
10.The Disenchangement Of The World Society And The Supernatural In Early Modern Europe

Jadi jelaslah di sini JK Rowling bukanlah ibu tunggal yang berbakat menulis cerita kura-kura dan arnab, tetapi jauh lebih hebat dari itu. Dengan pengetahuan yang ditimba semasa di universiti beliau telah memasukkan unsur-unsur Masonic dan Kabbalah dalam cerita fantasi rekaannya itu. Karyanya boleh diibaratkan seperti 'The Handbook Of Occult' tetapi dalam versinya sendiri dengan lebih 400 juta naskhah terjual di seluruh dunia. Novelnya begitu banyak istilah sihir, simbol, binatang dan ritual okultisme sihir seperti Minerva McGoganall, Mirror Of Erised, Quidditch dan banyak lagi. Secara tidak langsung mendedahkan kepada kita tentang sihir-sihir yang dilarang oleh Allah.

Tentang jalan cerita Harry Potter rasanya tidak perlu saya ulaskan di sini kerana jalan ceritanya terlalu panjang untuk diulas. Rasanya elok juga jika didedahkan asal nama watak-watak dalam cerita ini yang saya yakin ada kaitan dengan okultisme dan paganisme.

Harry Potter
Harry Potter adalah watak utama dalam cerita fantai ini. Harry bermaksud 'Panglima Perang' dan Potter diambil konon-kononnya bekas jiran JK Rowling

Ron Weasley
Ron Weasley adalah kawan baik Harry Potter dan Hermione. Ron juga boleh diterjemahkan sebagai Running Weasel yang berkaitan dengan jaguh catur pada kurun ke 6. Ron juga bermaksud Penasihat Raja.
Hermione Granger

Hermione adalah kawan baik Harry Potter bersama Ron. Namanya bermaksud Pembawa Pesan dan dalam mitos Yunani adalah Messenger Of Gods yang juga dikenali sebagai Hermes.

Albus Dumbledore

Albus membawa makna Putih dan Dumbledore adalah dari bahasa Inggeris Kuno yang bermaksud lebah besar yang berbulu.

Minerva McGonagall
Minerva adalah nama Dewi Kebijaksanaan, Kesenian, Sihir, Perdagangan dan Seni Perang bagi masyarakat Rom. Manakala McGonagall bermaksud berani.
Sirius Black
Sirius adalah bintang berbentuk anjing yang paling terang di angkasa. Hampir semua ahli keluarga Sirius Black dinamakan sempena nama bintang, Bellatrix, Regulus, Andromeda dan Draco. Bintang-bintang memainkan peranan penting dalam ritual Kabbalah dan Mesir Kuno.

Lucius Malfoy

Lucius juga adalah nama lain bagi Lucifer/Iblis. Namun bagi penyembahnya, Lucifer bermaksud Sang Cahaya, begitu juga dengan Illuminati.

Secara tidak sedar cerita sebegini akan mencemari minda kita dengan sihir-sihir tanpa kita sedari. Tidak cukup dengan novel, filemnya juga terus mendapat sambutan hebat dari seluruh dunia. Mereka telah men'program' minda kita tanpa kita sedari, dengan sihir kita akan dapat apa yang kita ingini. Inilah hakikat sebenar yang sedang terjadi. Sedangkan kita sedia tahu sihir itu adalah haram dan ditegah oleh Allah untuk mengamalkannya atau mempelajarinya, Secara tidak langsung dengan cerita sebegini kita telah mempelajari sedikit sebanyak tentang sihir atau magic ini.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya) ". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Al-Baqarah 102

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
An-Nisa 48

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya) ; dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
An-Nisa 116

"Kami pada zaman jahiliah dahulu mengamalkan jampi, lalu kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu mengenai hal itu?" Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Perlihatkan kepada ku jampi-jampi kamu itu, tidak menjadi apa-apa mengamalkan jampi selama mana tidak mengandungi di dalamnya syirik."
(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)


Pic nie adlh tyme aQ menang 1st place public speaking Universiti aQ..sblm aQ menang nie..parah ckit r,ade kwan yg skong mcm yg baju merah tue bagus la..tp yg mngenakn aQ pun ade,,dala duduk sebilik,,leh lak kondem ssuka aty dia jea..adess..xpela aQ faham,,sikap manusia xsmuany sma.Namun alhamdulillah,bila aQ brjaya buktikn kemampuan aQ bkn hnya pd dia,tp pd kwan2 yg laen..ttp muncul suara2 sumbang yg kate aQ mcm2..bt nie dugaan n ujian dpd Allah..hope nie leh jd sbg satu pngajarn pd aQ n u all dlm mngenali sifat/sikap manusia yg sebenarnya...

aQ,,dia,,kamOOo...

pelik sungguh aq rase malam nie..xpenah aq nk buat blog sdnri..tp kali nie aQ try..even xde org yg ajar atau invite..aQ ttp still cube wat blog sndiri..bkn nk feymes..tp nk tau ttng hal nie..so xla nnt ble org tnya kat aQ.."Mal,kau ade blOg x..?"..xla aQ kaku tyme memikirkn apekah jenis blog tue..atau pemainan video game..come on la..da jd mahasiswa..kalau xtau..malu besa aQ..wakaka..!! aQ nie xla pandai sgt..tp ske mncuba..klau brjaya..alhamdulillah..klau x..nauzubillah...XD